14 Julai 2015


Persekutuan Pengakap Malaysia  hari ini menafikan mempunyai kaitan dengan kekecohan di Plaza Lowyat berikutan nama 'Ketua Pengakap' telah digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kejadian itu di laman sosial Facebook dan blog.

Ketua Pegawai Operasi Mohd Zaki Nurud-Din berkata nama yang digunakan iaitu 'Ketua Pengakap' di laman sosial seolah-olah kemas kini yang dibuat Persekutuan Pengakap Malaysia.

"Penggunaan nama 'Ketua Pengakap' dalam kes ini memberi imej dan reputasi yang tidak baik bagi sesebuah organisasi beruniform badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan lebih 100 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Mohd Zaki bertindak membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Dang Wangi.

Mohd Zaki berkata  Persekutuan Pengakap Malaysia  merupakan sebuah pertubuhan sukarela dan bebas daripada pengaruh politik dan perkara-perkara yang mempunyai elemen negatif.‎

Katanya, Persekutuan Pengakap Malaysia melatih golongan muda bagi melahirkan individu berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap dirinya, masyarakat, agama dan negara.

"Pengakap sentiasa berpegang kepada prinsip kepengakapan iaitu kepercayaan kepada tuhan, tanggungjawab kepada masyarakat dan negara, perkhidmatan kepada diri
sendiri dan berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru agar semua pihak berhati-hati membuat tindakan atau komentar dan tidak
harus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmornian dan keamanan negara ini.

"Ikram meminta semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu ini dalam konteks perkauman dan juga berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil
kesempatan atas isu ini," katanya. - Bernama
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!