15 Julai 2015


Mumbai - Seorang gadis dirogol sebanyak dua kali oleh perogol yang sama selepas pihak polis gagal menjejaki kelibat mangsa yang dijadikan umpan untuk menangkap suspek.

Mail Online melaporkan, kisah bermula apabila seorang gadis berusia 17 tahun membuat laporan polis selepas dia dirogol oleh dua individu tidak dikenali.

Polis daerah Jalna kemudian merancang untuk menjadikan gadis berkenaan sebagai umpan bagi menahan dua lelaki terbabit, dengan mengarahkan gadis berusia 17 tahun itu mengadakan pertemuan bersama suspek keesokan harinya.

Namun, apa yang dirancang tidak berjalan dengan lancar apabila pihak polis gagal mengekori suspek bersama gadis itu, sehingga menyebabkan mangsa dirogol buat kali kedua.

Kedua-dua suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an itu dilaporkan mencuri telefon bimbit gadis yang tidak didedahkan identitinya dan menggunakannya untuk merakam kelakuan tidak bermoral tersebut.

Rangkaian televisyen NDTV me­laporkan, kedua-dua suspek berjaya ditahan pihak berkuasa beberapa jam kemudian di sebuah stesen kereta api.

Pegawai polis yang bertanggungjawab merancang operasi ‘mengumpan’ itu pula digantung kerja.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!