8 Julai 2015


Polis akan menjalankan siasatan ke atas Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 susulan tindakan media berkenaan mendedahkan beberapa maklumat perbankan membabitkan isu wang 1MDB dan Perdana Menteri, baru-baru ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan mengikut akta sama turut akan dilakukan ke atas mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam membocorkan maklumat perbankan termasuk pihak bank, pegawainya atau sesiapa sahaja yang tidak mendapat kebenaran untuk maklumat berkenaan dari Bank Negara. Wall Street Journal versi online. 

"Siasatan terhadap 1MDB itu satu perkara, namun kita juga akan jalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat perbankan yang membabitkan isu itu. "Ini kerana kita menerima banyak laporan polis berhubung kebocoran maklumat perbankan dan sekiranya perkara ini dibiarkan, ia boleh mengancam ekonomi negara," katanya pada pemberita selepas melancarkan kempen Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral, sebentar tadi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!