10 Julai 2015


Beijing: Seorang suami yang berang selepas isterinya bermain kayu tiga bertindak memukul wanita itu dan memaksanya berjalan di tengah bandar dalam keadaan separuh bogel.

Lebih memalukan lagi, lelaki itu memaksa isterinya menggantung satu sepanduk di leher yang tertera mesej “Saya mahu menjual tubuh”.

Kejadian di bandar Yushan di wilayah Jiangxi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 37, mendapati isterinya, Wang Ni, 33, mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Zhang yang berang bertindak memukul isterinya sebelum membogelkan wanita itu dan memaksanya berjalan dalam keadaan bogel di tengah bandar.

Beberapa gambar yang dimuat naik penduduk di Internet, menunjukkan Wang Ni yang memakai pakaian dalam dan menangis berjalan di sebatang jalan raya.

Zhang yang memandu sebuah kereta dilihat mengekori wanita itu dari belakang.

Ramai pengguna Internet mengecam tindakan Zhang yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap wanita.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Zhang membuat satu iklan di sebuah akhbar tempatan bagi meminta maaf kepada orang ramai.

Katanya, dia bertindak sedemikian kerana mabuk dan terlalu marah selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut akhbar tempatan, pasangan itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua anak.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!