3 Julai 2015


Model separuh bogel, Shana Avril yang didakwa melakukan perbuatan lucah dengan menunjukkan payudara di tempat awam pada April lalu perlu ‘menginap’ sebulan lagi di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak selepas dibenarkan Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Nur’Aminahtul Mardhiah Md. Nor membuat keputusan tersebut selepas meneliti surat yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang memohon tempoh pemeriksaan tahap kesihatan mental Shana Avril, 32, atau nama sebenarnya Persana Avril Sollunda dilanjutkan.

Surat tersebut menjelaskan bahawa tempoh sebulan yang diberikan mahkamah tidak mencukupi dalam penyediaan laporan lengkap mengenai tahap kesihatan mental tertuduh.

Mengikut Seksyen 342(4) Kanun Prosedur Jenayah, jika pihak hospital psikiatrik mendapati tertuduh memerlukan pemerhatian lanjut, mahkamah boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih dua bulan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!