14 Julai 2015


Biarpun pemain dram kumpulan rock Search, Yazid Ahmad, 53, yang menghidap sakit buah pinggang sedang terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat keracunan di bahagian jantungnya, masih ada pihak yang prihatin dengan keadaan Yazid

Baru-baru ini, krew Sinar FM bersama dua orang penyampainya mengadakan kunjungan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menziarahi dan melihat keadaan Yazid. Penyampai Sinar Pagi, Krill Rashid dan Salih Yaacob meluangkan masa untuk melawat otai rock itu dan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada Yazid dan keluarga.

"Kita ingin bertanyakan khabar dan menghulurkan sedikit sumbangan yang telah kami kumpul. Mari kita sama-sama doakan agar abang Yazid diberikan kesembuhan oleh Allah," kata Krill.

Mari kita tonton video #HarapanSemangatKekuatan: Yazid Search yang dimuatnaik di laman YouTube Sinar FM. Video ini memaparkan sekitar kunjungan krew Sinar FM di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

Portal Murai berharap agar Yazid segera pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!