8 Julai 2015


SANYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun di China mengalami kecederaan apabila begnya tersangkut di pintu sebuah bas.

Beg tersebut tersangkut di pintu semasa kanak-kanak itu menuruni kenderaan tersebut menyebabkan dia diseret sejauh 20 meter tanpa disedari pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di kaki.

Insiden itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ia menunjukkan video seorang kanak-kanak yang diseret bas selepas begnya tersangkut pada pintu masuk.

Pemandu bas hanya memberhentikan kenderaan selepas memandu sejauh 20 meter. 

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Zhou menceritakan detik cemas itu.

“Saya telah terseret pada bas selepas beg saya tersangkut pada pintu. Saya mengalami kecederaan akibat terkena tayar bas,” katanya.

Pemandu bas itu tidak disengajakan dan dia tidak menyedari bahawa kanak-kanak itu tersangkut semasa pintu bas ditutup.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!