10 Julai 2015


Pelakon Nur Fazura mendedahkan imej berselendang dan menutupi sebahagian kepalanya baru-baru ini hanya menghormati bulan Ramadan.

“Setakat ini, saya berselendang hanya untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, selebihnya saya berserah di masa akan datang,” katanya kepada murai.com.my

Menerusi laman Instagramnya, Fazura baru-baru ini dilihat muncul dengan imej lebih sopan apabila kelihatan sering berselendang setiap kali keluar tidak kira di majlis-majlis berbuka puasa mahupun bersama rakan-rakannya.

Apabila ditanya adakah ianya langkah pertama untuknya akan kekal berhijab selepas ini, Fazura hanya meminta mendoakannya yang terbaik sahaja.

“Saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa tetapi saya harap doakanlah yang terbaik untuk saya,” luahnya.

Pimilik Butik House Of Doll itu kini muncul dengan koleksi baju rayanya iaitu Fazbulous Raya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!