14 Julai 2015


LONDON - Jika anda bergelar jutawan, mungkin anda teruja untuk mempamerkan kemewahan dengan membeli sebuah pembersih vakum bersalut emas yang di­sebut-sebut sebagai alatan paling mahal di dunia.

Menurut portal Mail Online, pembersih vakum berkenaan yang bersalut emas 24 karat, dijual de­ngan harga 800,000 pound (RM4.7 juta) setiap satu menerusi laman web perniagaan, WTF Range.

Laman web itu menerangkan, pembersih tersebut sesuai digunakan untuk membersihkan karpet merah yang digunakan untuk majlis besar, dek kapal mewah, dan bahagian dalaman kereta mewah jenis limousin.

Jelas portal itu, pembersih vakum seberat 7.5 kilogram tersebut merupakan peralatan pembersih paling mahal di dunia dan mempunyai sijil yang mengesahkan ketulenan emas yang me­nyalutnya.

“Setiap unit mempunyai nombor siri khas dan dilengkapi penyedut selebar 35 sentimeter.

“Selain itu, pembersih vakum mewah tersebut menggunakan roda yang tidak licin, motor berkuasa tinggi, dan mempunyai jaminan seumur hidup,” tambah portal terbabit.

Selain alat pembersih, laman web berkenaan turut menjual pelbagai barangan mewah termasuk basikal lumba bersalut emas yang bernilai 250,000 pound (RM1.4 juta).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!