4 Ogos 2015


Pelakon siri televisyen, Buffy The Vampire Slayer, Eliza Dushku diarahkan keluar dari bilik hotel yang didudukinya di Pittsburgh supaya kumpulan One Direction dapat menetap di keseluruhan tingkat hotel yang sama, baru-baru ini.

Menurut portal hiburan E! Online, Dushku, 34, telah menginap di bilik hotel yang sama selama dua bulan kerana menjalani penggambaran di Pittsburgh.

Namun, itu tidak menjadi sebab yang kukuh untuk pengurus hotel mengekalkan bilik itu kepadanya, malah dia disuruh keluar sejurus kumpulan One Direction tiba di bandar tersebut.

Dushku dikatakan terpaksa berpindah bilik sebelum ketibaan kumpulan One Direction yang menempah keseluruhan tingkat hotel itu.

“Jangan bimbang One Direction. Sungguh gembira sekali kerana terpaksa keluar dari bilik hotel yang sudah diduduki selama dua bulan,” kata Dushku memuat naik gambar barang-barang yang sudah dikemas di akaun Instagram miliknya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!