6 Ogos 2015


New Delhi: India semalam membatalkan sebahagian daripada perintah menyekat ratusan laman web porno selepas dibantah orang ramai.

Bagaimanapun, kerajaan tetap mengarahkan syarikat perkhidmatan Internet menutup laman web yang mempromosikan porno kanak-kanak.

Minggu lalu, kerajaan meminta syarikat pengendali menyekat akses ke 857 laman web lucah atas alasan moral dan kesopanan.

Ia menimbulkan kemarahan orang ramai serta mencetuskan debat mengenai penapisan di negara itu.

Pengendali laman web kini menghentikan sekatan terhadap kebanyakan laman web berkenaan, tetapi masih mengekalkan laman yang mempromosi porno kanak-kanak, kata jurucakap Jabatan Telekom India.

Tindakan kerajaan menyemak perintah itu bagaimanapun tidak diterima baik pengendali laman web kerana mereka perlu memeriksa dan memutuskan apa yang perlu disekat dan sebaliknya.

Seorang pegawai syarikat telekomunikasi terbesar India berkata: “Larangan itu tidak jelas. Bagaimana pula kami hendak memeriksa sama ada laman web berkenaan mengandungi porno kanak-kanak?

“Itu bukan kerja kami.”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!