12 Ogos 2015


ROM  - Seorang pelancong Britain tidak menyangka sama sekali akan menyaksikan satu kejadian aneh iaitu sebuah kereta tiba-tiba ‘mencair’ selepas terkena gelombang panas di Itali, baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, kejadian yang jarang-jarang berlaku itu berjaya dirakamkan oleh seorang pelancong yang dikenali sebagai John Westbrook, ketika dia sedang bersiar-siar di bandar Caorle, utara Itali, baru-baru ini.

Westbrook berkata, kereta jenama Renault Megane yang diletakkan berhadapan kawasan pantai itu mencair, ketika suhu persekitaran dianggarkan mencecah 37 darjah Celcius.

“Saya berjaya merakamkan bagaimana lampu, pintu dan cermin sisi kereta tersebut cair selepas gelombang panas melanda kawasan tersebut.

“Saya berasa terkejut dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku itu,” jelasnya.

Kata Westbrook lagi, suhu di bandar Caorle berada pada ba­caan 35 darjah Celcius sepanjang se­minggu percutiannya di sana, menyebabkan banyak aktiviti pada siang hari dihabiskan di kawasan yang berteduh.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Itali mengeluarkan arahan kepada orang ramai termasuk pelancong supaya tidak banyak melakukan aktiviti luar pada waktu siang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!