4 Ogos 2015


Hajat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mendapatkan khidmat legenda olahraga dunia yang juga pemenang pingat perak dua temasya Sukan Olimpik Barcelona 1992 dan Atlanta 1996, Frankie Fredericks sebagai perunding mungkin tidak akan menjadi kenyataan berdasarkan kos diminta bekas pelari pecut Namibia itu.

Biarpun Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim begitu berminat membawa bintang berusia 48 tahun itu ke Kuala Lumpur, jumlah RM150,000 sebulan yang diletakkan Fredericks ke atas khidmatnya ternyata di luar kemampuan badan induk olahraga itu.

Katanya, KOM akan cuba mendapatkan bantuan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi merealisasikan hasratnya itu secepat mungkin terutama sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti.

“Saya sedikit terkejut dengan kesudian dia (Fredericks) untuk datang membantu KOM terutama dalam menyusun program dan pembangunan olahraga negara.

“Berdasarkan latar belakangnya yang cemerlang sewaktu bergelar atlet suatu ketika dulu, ini peluang terbaik kita mendapatkan khidmat nasihatnya sekali gus mengembalikan kegemilangan olahraga yang sudah lama menyepi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!