4 Ogos 2015


Penyanyi dan penerbit produksi Mawi World Entertaiment Asmami Ani atau lebih dikenali Mawi telah ditahan hampir 3 jam di sempadan Tel Aviv Israel oleh pihak berkuasa tempatan sewaktu menjalani sesi penggambaran dokumentari yang berjudul Mawi Di Bumi Mikraj.

“Semasa pemeriksaan di sempadan Tel Aviv, perasaan gementar itu memang ada, apatah lagi bila terpaksa berdepan dengan petugas-petugas yang ketika itu amat cerewet dan mereka juga membuat pemeriksaan yang sangat ketat.

“Lagipun saya bukan keseorangan, sebaliknya saya bersama 12 kru produksi. Maka, segala peralatan yang dibawa juga perlu menjalani segala pemeriksaan yang telah ditetapkan, itu adalah prosedur rutin kepada pengunjung yang ingin ke Tel Aviv,” kata Mawi kepada portal Murai.com.my.

Bagaimanapun, hak penyiaran program dokumentari tersebut masih belum diberi kepada mana-mana stesen televisyen.

Ketika ditanya, bagaimana Mawi berpeluang menziarahi  negara Israel sedangkan dari sudut undang-undang, pemegang pasport Malaysia sama sekali  tidak dibenarkan untuk masuk ke negara itu.

Mawi menjawab, dia bersama bersama kru yang lain menggunakan visa pelancong yang telah diuruskan oleh agensi pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan mereka ke sana.

“Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana, saya teruja dan kagum sekali. . Kalau sebelum ini kita dimomok-momokkan dengan pelbagai cerita panas dan negatif mengenai Tel Aviv, ia nyata amat berbeza sekali dengan pandangan kaca mata saya.

“Tel Aviv sebuah tempat sangat menarik, cantik dan bersih seperti di Singapura. Penduduk sekitar hidup dalam keadaan harmoni dan menghormati antara satu sama lain.

“Sepanjang saya berada di sana, saya sempat mengunjungi masjid Al-Aqsa, Marwan dan Buraq, makam nabi Ibrahim dan isteri iaitu Siti Sarah, makam Nabi Isa serta beberapa tempat ibadah penganut Kristian dan Yahudi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi kini sibuk dengan promosi single terbaharunya bersama Dali (Ahli Fiqir) berjudul Sahabat Dalam Tubuh.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!