5 Ogos 2015


London: Persoalan timbul terhadap objek plastik yang ditemui di Pulau Reunon semalam, sama ada panel tingkap kapal terbang atau berasal dari peralatan lain, termasuk panel badan mesin jahit.

Sydney Morning Herald melaporkan seorang lelaki dikenali sebagai Bruno menemui panel plastik itu ketika berjoging di pantai St Denis di pulau itu yang menyerupai tingkap kapal terbang ketika dia berjoging.

Objek itu ditemui beberapa ratus meter dari objek lain ditemui sebelum ini, termasuk botol air minuman jenama Malaysia.

Ia kemudian diserahkan kepada polis dan pegawai polis Gisele Cadar tidak dapat mengesahkan sama ada objek itu dari kapal terbang.

“Ia mungkin menyerupai belakang tingkap kapal terbang atau bahagian topeng oksigen jatuh tetapi tiada yang pasti. Ia juga kelihatan seperti panel mesin jahit,” katanya.

Bruno dari Perancis, sedang bercuti di pulau itu dan pantai di Pulau Reunion kini dipenuhi orang ramai yang berusaha mencari objek atau serpihan lain dari pesawat yang diharap dapat membawa petunjuk ia adalah dari MH370.

Hari ini, pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Perancis memulakan pemeriksaan lanjut terhadap flaperon Boeing 777 yang ditemui minggu lalu, di Toulouse, Perancis.

Flaperon itu akan menjalani ujian fizikal dan kimia termasuk imbasan elektron melalui mikroskop yang boleh membesarkan objek mikro sehingga 10,000 kali ganda bagi memahami kerosakannya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!