12 Ogos 2015


Taipei: Dua peti surat yang condong selepas dilanda Taufan Soudelor hujung minggu lalu kini menjadi tarikan, menarik ribuan pelawat dan juga dijadikan latar belakang rakaman gambar perkahwinan.

Dua peti surat itu, satu hijau dan satu merah, bengkok selepas ditimpa papan iklan yang diterbangkan angin kencang.

“Peti surat itu menarik ribuan pelawat sejak tiga hari lalu,” kata pegawai syarikat pos Chunghwa, Tu Li-teng.

Pada Ahad lalu saja, 4,000 orang datang untuk bergambar dengan peti surat itu, katanya.

“Kami terpaksa mengarahkan tiga pekerja setiap hari untuk membantu mengawal trafik,” katanya.

Seorang posmen berkata, ini kali pertama sepanjang kariernya selama lebih 30 tahun dia melihat keadaan seperti itu.

“Ia mungkin satu-satunya kejadian yang menggembirakan kesan daripada taufan itu,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!