12 Ogos 2015


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menjelaskan beliau bukan menjadi peserta utama bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain pada 28 Ogos ini. Rani yang terkenal dengan nama jolokan Kipidap sebaliknya berkata, kemunculannya nanti hanya sebagai tetamu khas untuk beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program berkenaan pada musim baharu kali ini. 

Malah, beliau berbesar hati dengan peluang yang diberikan dan teruja untuk beraksi bersama barisan artis yang terbabit. "Saya diundang oleh pihak pengurusan sebagai tetamu khas pada malam pembukaan program itu. Tidak tahu pula jika saya dipilih jadi peserta utama bersama beberapa pelawak lain. 

"Apa sekali pun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menghargai kehadiran saya. Undangan yang diberikan itu sudah cukup baik buat saya," katanya kepada BH Online. Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan. 

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan. Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my Rani turut meluahkan rasa terujanya dengan keterbukaan orang ramai terhadap dirinya. 

Beliau sama sekali tidak menyangka slogan 'Kipidap' yang dimulakan oleh beliau menjadi viral dan diterima baik. "Semestinya saya seronok dengan sokongan padu yang diberikan oleh orang ramai terhadap diri saya. Walau ke mana saya pergi, ada saja yang ingin bergambar tidak kira tua atau muda. "Memandangkan saya sudah dikenali ramai, jadi saya ingin menerapkan dan menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Populariti yang diraih ini akan disalurkan ke arah kebaikan," kata Rani.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!