12 Ogos 2015


Dubai: Seorang lelaki didakwa membiarkan anak perempuannya berusia 20 tahun mati lemas kerana tidak mahu pasukan penyelamat menyentuh mangsa.

Kejadian berlaku ketika keluarga lelaki itu berkelah di sebuah pantai di sini.

Ketika bersuka ria dan berenang di laut, seorang anaknya tiba-tiba menjerit meminta tolong.

Dua anggota penyelamat yang bertugas di pantai berkenaan cuba membantu, tetapi lelaki warga Asia itu melarang mereka.

"Lelaki itu menarik anggota penyelamat berkenaan. Mereka bergelut kerana lelaki itu enggan membenarkan anggota kami menyelamatkan anaknya dengan alasan maruah anaknya akan tercemar jika disentuh lelaki asing,” kata Pengarah Jabatan Mencari Dan Menyelamat Dubai, Ahmed Burqibah.

Menurut Ahmed, lelaki itu memberitahu anggota penyelamat, dia rela anaknya mati lemas daripada disentuh lelaki bukan mahram.

- Gambar hiasan

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!