5 Ogos 2015


SINGAPURA – Pengguna Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) semalam ‘dihidangkan’ dengan pemandangan luar biasa apabila ada antara pemandu memberhentikan kereta bagi mengutip duit kertas bernilai S$50 (RM139.73) yang bertaburan di atas jalan raya.

Malah, insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam berhampiran Lebuh Raya Seletar (SLE) ke BKE, sempat dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik ke YouTube.

The Straits Times yang memetik video itu melaporkan, rakaman berkenaan dimuatnaik Komuniti Pemandu Tidak Berhemah Singapura yang menunjukkan kepingan kertas bertaburan di jalan raya sambil beberapa orang dilihat mengutipnya.

Kenderaan yang lalu-lalang dilihat terpaksa memperlahankan kereta bagi mengelak terlanggar pengguna jalan raya yang berhenti.

Seorang pembantu pentadbir bernama Annie memberitahu akhbar berbahasa Cina Singapura, Lianhe Wanbao, bas dua tingkat dinaikinya turut diminta berhenti supaya orang ramai boleh mengutip wang berkenaan.

Annie menjangkakan, duit kertas yang bertaburan mungkin bernilai sekurang-kurangnya RM10,000.
Seorang ahli perniagaan, Liu pula berkata, dia menyangka orang ramai hanya mengutip kertas biasa sehinggalah dia ternampak kertas itu sebenarnya wang S$50.

Bagaimanapun, masih tiada penjelasan bagaimanap wang tersebut boleh berteburan di atas jalan raya.
Mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, individu yang mengutip wang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atas kesalahan penyalahgunaan harta benda.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!