12 Ogos 2015


Yulin : Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.

Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Awal tahun ini, seekor lembu melahirkan anak bermuka dua menjadi viral di Internet.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!