20 Oktober 2015


Sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) setakat 18 Oktober, menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehingga semalam, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4).

Namun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sejak Ogos, JKWPKL telah menerima makluman sebanyak tujuh kes yang melibatkan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar.

Sebanyak dua daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan diberikan rawatan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa JKWPKL sedang menjalankan siasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan.

Bilik gerakan juga telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan.

Sementara itu, 37 kontak yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.

Sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini.

Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii.
Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais.

Aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!