22 Oktober 2015


SHAH ALAM - Seorang vokalis kumpulan terkenal lewat 90-an  yang ditahan awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang hari sama.

Memetik laporan sebuah portal, vokalis itu mendakwa, pistol berkenaan adalah pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak di rumahnya.

Menurutnya, pistol berkenaan seakan-akan pistol betul dan selalunya diletakkan di rumah.

"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.

"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya.

Semalam, media melaporkan vokalis berkenaan ditahan polis kerana memiliki sepucuk pistol tiruan di Kampung Chubadak, Sentul awal pagi semalam.‎
    
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 1.45 pagi selepas unit cawangan pencegahan jenayah Sentul menemui kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.
    
Sementara itu, Munusamy berkata, vokalis berkenaan dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya, " katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!