29 Oktober 2015


BUKAN sahaja popular dengan tagline produknya 'Qu Qu Putih, barulah putih', pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Vida turut menjadi perhatian kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.

Menurut Datuk Vida, dia mengenakan mahkota kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak lima tahun lalu.

"Angan-angan nak jadi puteri raja.  Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah," katanya.

Malah, Datuk Vida mendedahkan,  mahkota paling mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM 100,000 lebih manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.

"Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong," katanya dipetik Media Hiburan.

Tambahnya lagi,  dia kebiasanya akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang memerlukan untuk tampil menarik.  

"Jadi kenalah saya pakai mahkota yang senang suai padan dengan baju-baju,” ujarnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!