29 Oktober 2015


Seorang lelaki di Korea Selatan mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung selama 29 jam di rumah dan dirogol oleh isterinya sendiri.

Portal Mail Online yang memetik kenyataan Pejabat Pusat Pendakwa Raya Seoul berkata, wanita berusia 40 tahun itu menghadapi pertuduhan merogol suaminya, kes pertama yang berlaku di Korea Selatan membabitkan seorang isteri merogol suami.

Kenyataan tersebut menambah, wanita yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sebagai cara mendapatkan bukti yang memihak kepadanya untuk memohon perceraian di mahkamah.

Pada Mei 2013, Mahkamah Agung Korea Selatan menetapkan kes rogol membabitkan pasangan suami isteri sebagai satu jenayah.

Awal tahun ini, sebuah mahkamah membebaskan wanita pertama di Korea Selatan yang menghadapi dakwaan cubaan merogol kekasihnya.

Wanita berusia 45 tahun itu mengaku menggunakan dadah untuk membuatkan bekas kekasihnya khayal sebelum mengikat dan memukul lelaki terbabit dengan penukul.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak merancang untuk merogol bekas kekasihnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!