29 Oktober 2015


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat ‘pusingan U’ apabila tidak akan meneruskan hasrat membuat rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mengurangkan hukuman susulan insiden kekecohan Ultras Malaya di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu.

FAM sebaliknya sedia menerima hukuman denda 40,000 Swiss francs (RM180,000) dan beraksi satu perlawanan tanpa penyokong yang dikenakan FIFA pada 5 Oktober lalu selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019.

FAM pada awalnya berasa hukuman itu terlalu berat dan meminta FIFA memberikan penjelasan sebelum mengemukakan rayuan.

Namun Timbalan Presiden FAM Datuk Mokhtar Ahmad ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru berkenaan itu berkata, FAM berpuas hati dengan penjelasan FIFA yang diterima minggu lalu sekali gus membatalkan niat membuat rayuan.

“Memang pada mulanya kami boleh buat rayuan jika tidak berpuas hati dengan hukuman itu. Tapi apabila kami terima penjelasan penuh hukuman berkenaan daripada FIFA, kami rasakan sukar untuk buat rayuan. Jadi kami tarik balik hasrat itu,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Platform Pengurusan Persekutuan (FMP) antara FAM dan Sportradar semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!