21 Oktober 2015


ARAB SAUDI. Penguasa Kastam Arab Saudi mendakwa syarikat pengangkutan asing didakwa cuba untuk menyeludup dadah ke negara tersebut dengan cara menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam bagasi jemaah haji.

Jurucakapnya, Essa al-Essa memberitahu pihak tidak bertanggungjawab terbabit cuba untuk mengambil kesempatan di tengah-tengah kesesakan jemaah.

"Beberapa jenis dadah seperti captagon, tramadol qoro dan qat ditemui di dalam beg jemaah. Sindiket terancang itu turut terlibat dalam kegiatan penyeludupan wang tunai dan logam berharga," jelasnya.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa sukar untuk mengenal pasti identiti dalang sebenar yang melakukan perlanggaran itu kerana beg tersebut dilonggokkan tanpa mengikut negara.

Difahamkan, pihak berkuasa kastam telah menggunakan mekanisme automatik termasuk pemeriksaan X-ray sebagai langkah mengelakkan sebarang cubaan menyeludup ke negara itu, lapor Arab News.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!