21 Oktober 2015


Kuala Lumpur: Timbul tanda tanya apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikesan menyalahguna logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jaket digunakan ahli persatuan itu.

Tindakan itu menimbulkan keraguan orang ramai selepas gambar mereka menjadi viral di laman sosial Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan individu terbabit yang mengaku sebagai Ahli Kelab Anticegah Jenayah Dan Dadah turut memiliki kad kuasa khas.

Selain itu seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai ketua NGO berkenaan turut memiliki kad nama dengan jawatan ketua daerah.

Susulan penyebaran gambar itu, beberapa pengguna laman sosial FB mengeluarkan pelbagai kenyataan dan meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap NGO itu.

Tidak kurang juga ada pihak yang menyuarakan perasaan bimbang NGO itu akan mencemarkan imej PDRM.

Beberapa gambar yang menjadi viral jelas menunjukkan ada ahli kelab berkenaan dilihat bertatu dan memakai jaket polis.

Sementara itu polis Selangor dalam kenyataannya mengesahkan sudah menahan dua individu berusia 28 dan 30 tahun di sebuah sekolah di Putra Perdana, Puchong, bagi membantu siasatan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!