27 Oktober 2015


GUATEMALA CITY - Bekas pelawak TV, Jimmy Morales yang tidak berpengalaman dalam bidang politik telah memenangi Piliihan Raya Presiden Guatemala 2015 selepas pendahulunya, Otto Perez Molina meletak jawatan kerana didakwa terlibat dalam skandal rasuah.

Keputusan rasmi menunjukkan Morales, 46, dan parti pimpinannya, Parti Barisan Penumpuan Kebangsaan (FCN) memperoleh lebih 72 peratus undi, sekali gus menewaskan saingannya bekas Wanita Pertama, Sandra Torres.

“Rakyat memberi  mandat dan saya berbesar hati menggalas tanggungjawab ini.

“Fokus utama saya kini adalah untuk memerangi rasuah yang semakin berleluasa di negara ini. Semoga hidup anda semua dirahmati Tuhan,” katanya yang menyediakan manifesto hanya  setebal enam muka surat.

Difahamkan, Morales mula terjun ke dalam bidang politik pada 2011 dan ketika itu beliau gagal  merebut jawatan Datuk Bandar Mixco, pinggir Guatemala City.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!