20 Oktober 2015


Kaherah: Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail berkata semalam, hanya 15 hingga 16 peratus pengundi keluar mengundi pada hari pertama pilihan raya Parlimen negara itu kelmarin.

Dia menjangka jumlah itu meningkat selepas kakitangan perkhidmatan awam diberi cuti setengah hari semalam untuk membolehkan mereka mengundi.

Bagaimanapun, pengundi kelihatan memulaukan pilihan raya berkenaan apabila tidak ramai yang berbuat demikian semalam hingga sebuah akhbar menyifatkannya sebagai ‘pilihan raya tanpa pengundi,’ sekali gus mengambarkan rasa tidak puas rakyat Mesir sejak tentera merampas kuasa pada 2013 dan janji untuk memulihkan demokrasi.

Tahap pengundian kelmarin dan semalam begitu rendah, tidak seperti keadaan pilihan raya 2011-2012.

Golongan muda yang mewakili majoriti penduduk Mesir dilihat menjauhi pilihan raya berkenaan dengan ramai yang mengangapnya penipuan kerajaan dan tidak ada gunanya untuk mengundi.

Jumlah rendah pengundi yang keluar mengundi juga menggambarkan bekas jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang sebelum ini disanjung semakin hilang daya tarikan.

Abdel Fattah menggulingkan presiden Mesir pertama yang terpilih secara demokratik, Mohamed Mursi pada 2013 sehelum melancarkan gerakan menangkap dan memenjarakan ribuan penyokong bekas presiden itu.

Pilihan raya Parlimen kali ini diadakan sebanyak dua pusingan, pada 18 dan 19 Oktober serta 22 dan 23 November.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!