21 Oktober 2015


Setelah melalui episod rumahtangga yang memeritkan, pelakon Rita Rudaini menyatakan hatinya kini sudah tertutup untuk mana-mana lelaki yang mahu menjadikan dia isteri mahupun kekasih.

Rita Rudaini menegaskan dia tidak akan berkahwin buat sekian kalinya kerana akui sudah 'penat' untuk melalui sekali lagi alam rumahtangga.

"Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja.

"Lagipun fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya seperti anak mereka sendiri.

"Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak tenguk lelaki pun saya tak lalu.

"Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah," katanya kepada murai.com.my selepas Malam Gala Filem Love Supermoon malam tadi.

Pun begitu, Rita Rudaini tidak dinafikan masih ada lelaki yang berhasrat untuk cuba mendekatinya.

"Tipulah kalau tak ada lelaki yang cuba nak dekat tapi saya akan tolak sahaja dengan baik dan saya harap selepas ini tak perlulah mana-mana lelaki lain hendak mencuba nasib lagi.

"Paling menyakitkan hati masih ada lagi lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tak serik atau frust pun cuma saya tak nak sebab dah penat," katanya lagi.

Mengulas mengenai filem Love, Supermoon Rita Rudaini yang memegang watak Nina itu akui suka akan jalan cerita dan wataknya yang ringan dan bersahaja dan lain daripada yang lain itu.

Filem bergenre Komedi Romatik itu mengisahkan tentang perjalanan hidup hero dan heroinnya selama 20 tahun yang penuh dengan kisah suka duka. Filem ini memaparkan saat-saat penting dalam kebidupan seperti cinta monyet zaman sekolah, konvokesyen di universiti, temuduga kerja, alam berumah tangga dan seterusnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!