22 Oktober 2015


Buenos Aires: Seorang lelaki terseksa selama enam bulan selepas tertelan pencungkil gigi ketika sambutan tahun baru yang tanpa disedari mencucuk jantungnya.

Selama tempoh itu, Horacio Rodriguez Videla, 42, mengalami rasa sakit mencucuk-cucuk, demam panas dan batuk berdarah, lapor portal berita Clarin.

Doktor menyangka dia menghidap AIDS dan terkejut apabila hasil pembedahan menemui pencungkil gigi di dalam jantungnya.

Videla berkata: “Memang saya banyak makan kudapan ketika meraikan Tahun Baru bersama kawan-kawan. Mungkin saya tertelan pencungkil gigi itu.”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!