27 Oktober 2015


Pelakon nombor satu India, Rajinikanth yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Padayapa, Basha dan Sivaji kini berada di Malaysia untuk penggambaran sebuah filem Tamil berjudul ‘Kabali.’

Pelakon popular itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.30 petang.

Rajinikanth yang terkenal dengan perwatakan ‘bersahaja’ itu dilihat tiba dengan memakai baju T serta seluar serba hitam.

Difahamkan artis yang pa­ling mahal bayaran di Asia selepas Jackie Chan, iaitu dibayar RM27.5 juta (AS$6.5 juta) untuk sebuah filem akan berada Malaysia untuk tempoh dua minggu.

Antara lokasi yang disebut-sebut menjadi lokasi penggambaran adalah Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Carey, Banting.

Kabali merupakan sebuah filem mengenai kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India arahan P. Ranjith yang turut menyaksikan penampilan khas beberapa pelakon tempatan.

Antara yang terlibat ialah pelakon Magendran Raman dan Datin Seri Shaila Nair yang merupakan menantu kepada bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Difahamkan Rajinikanth akan memegang watak Don yang dikenali sebagai Kabaliswaran, berusia lewat 50-an.

Pelakon terkenal itu memulakan karier sebagai konduktor bas sebelum melangkah ke dunia perfileman.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!