27 Oktober 2015


GARA-GARA berselisih pendapat dengan jirannya, seorang wanita di Fengqiu, China, nyaris maut apabila ditimbus dengan tanah selama beberapa minit sebelum diselamatkan ahli keluarganya.

Kejadian berlaku apabila mangsa Sun Qiuying menegur tindakan jirannya Zhao Xuejie, seorang pengawal keselamatan di pejabat kerajaan tempatan, yang didakwa membawa kenderaan dipenuhi tanah di lorong yang dikongsi bersama.

Selepas beberapa minit bertengkar, Sun mengambil keputusan duduk di atas lantai sebagai tanda protes.

Dalam keadaan marah, Zhao Xuejie dilaporkan menuang kesemua tanah yang dibawa ke atas Sun, menyebabkannya ditanam hidup-hidup dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, Sun diselamatkan ahli keluarganya dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Zhao Xuejie kini ditahan untuk siasatan dan didenda 1,000 yuan (RM674) kerana memandu tanpa lesen.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!