30 Oktober 2015


Brazil: Seorang pengedar dadah yang dihukum penjara 36 tahun cuba melarikan diri dengan memakai topeng, rambut palsu dan pakaian menyerupai wanita tua.

Clodoaldo Antonio Felipe, 44, memakai topeng seperti yang digunakan dalam filem Hollywood untuk melarikan diri dari Penjara Coronel Odenir Guimaraes di tengah Brazil.

Rancangannya bagaimanapun gagal apabila pengawal menyedari seorang wanita tua meninggalkan penjara itu sedangkan mereka tidak ingat dia memasukinya.

Pengawal yang kehairanan itu juga mendapati wanita tua berkenaan terlalu tinggi berbanding purata ketinggian wanita Brazil dan tertanya-tanya bagaimana dia masuk ke kawasan penjara tanpa sebarang pengenalan diri.

Pengawal wanita memeriksa wanita tua itu sebelum membongkar identiti sebenarnya.


Pihak berkuasa penjara juga melancarkan siasatan untuk mengetahui bagaimana Felipe memperoleh pakaian wanita dan topeng berkenaan yang dianggarkan berharga lebih RM5,330.

Menurut pegawai, topeng itu standard profesional seperti yang digunakan dalam filem Hollywood berbajet tinggi.

“Pengawal tidak ingat wanita tua itu memasuki kawasan penjara. Kerana itu dia meminta kad pengenalannya. Dia tidak sangka wanita tua itu sebenarnya banduan yang cuba melarikan diri,” kata jurucakap polis Andre Veloso.

Felipe, anggota kumpulan jenayah Commando Vermelho, rangkaian pengedaran dadah terbesar di Brazil, dipenjara sejak 2009.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!