25 November 2015


Manila: Kerajaan Filipina membuat penilaian terhadap barangan kemas yang dirampas daripada bekas wanita pertama Imelda Marcos sebelum koleksi bernilai jutaan dolar itu dilelong.

Barangan kemas itu dirampas selepas keluarga Marcos melarikan diri ke Hawaii pada 1986 apabila pemberontakan rakyat menumbangkan pemerintahan suaminya.

Bekas diktator, Ferdinand Marcos didakwa mengumpul berbilion dolar harta secara haram sepanjang memerintah Filipina selama dua dekad.

Koleksi barangan kemas milik Imelda itu dianggarkan bernilai antara AS$5 juta (RM21.16 juta) dan AS$7 juta (RM29.63 juta) pada 1988 dan 1991.

Andrew de Castro, presiden suruhanjaya yang ditugaskan merampas kekayaan keluarga Marcos berkata, penilaian itu dibuat bagi membantu kerajaan membuat keputusan untuk melelong koleksi itu atau tidak.

Penilaian itu dibuat oleh jurunilai firma lelongan Christie di ibu pejabat Bank Pusat di sini.

Christie berkata, koleksi itu termasuk satu berlian merah jambu seberat 25 karat dan bernilai kira-kira AS$5 juta (RM21.16 juta).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!