6 November 2015


Seorang pencari kerja yang mempunyai saiz kaki paling besar di Britain, terkejut selepas dia dikenakan caj sebanyak 843 pound (RM5,543) untuk menempah sepasang but keselamatan yang diperlukannya untuk bekerja sebagai pekerja gudang.

Carl Griffiths, 23, yang mempunyai saiz kasut 21 berkata, dia perlu memakai but keselamatan sebagai syarat bagi membolehkannya bekerja, sedangkan kasut yang diperlukannya berharga terlalu mahal melebihi gaji yang diterima sebanyak 7 pound (RM46) sejam.

Lebih membingungkan Griffiths yang berasal dari Carmarthen, Wales Barat, dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kasut itu, lapor portal Mirror.co.uk.

“Saya sukar mempercayai harga yang dikenakan syarikat pembuat kasut itu yang turut tidak mempercayai saiz kasut yang saya pakai.

“Adalah mustahil saya mampu membelinya, selain itu kaki saya terlalu besar dan saya sering berdepan masalah untuk mencari kasut yang sesuai,’’ kata Griffiths, sambil menambah kata, kasut yang digunakannya sebelum ini telah koyak beberapa tahun lalu ketika dia sedang bekerja.

Griffiths menjelaskan bahawa selepas kehilangan kasutnya sebelum ini, dia mula mencari-cari syarikat kasut yang mengeluarkan but bersaiz besar, namun harga 1,300 pound yang ditawarkan mereka terlalu mahal baginya.

Griffiths bertuah kerana rakan-rakannya yang simpati kemudiannya menghubungi sebuah pertubuhan kebajikan yang bersetuju membayar harga but keselamatan yang diperlukannya itu.

“Secara jujur saya terlalu gembira, kasut baharu ini akan membuka peluang pekerjaan kepada saya.

“Namun saya berharap, kaki saya tidak akan terus membesar lagi,’’ seloroh Griffiths.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!