12 November 2015


Kathmandu: Mahkamah di Kathmandu kelmarin membenarkan kapten bola sepak kebangsaan Nepal dan empat pemainnya diikat jamin selepas didakwa atas tuduhan derhaka kerana mengatur perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia.

Pendakwa mahu bekas pemain, Bikash Singh Chhetri, kapten Sagar Thapa, penjaga gol Ritesh Thapa, pemain pertahanan Sandip Rai dan jurulatih Anjan KC dihukum penjara seumur hidup selepas mereka didakwa Ahad lalu mengikut akta yang mengharamkan perbuatan menggugat kedaulatan, kewibawaan atau perpaduan negara.

Peguam bela Nani Babu Budhathoki yang mewakili Bikash berkata: “Mahkamah Khas mengarahkan mereka diikat jamin 500,000 rupee (RM21,100) Anjan dan Ritesh, 100,000 rupee (RM4,200) untuk Sagar serta 50,000 rupee (RM2,100) masing-masing bagi Sandip dan Bikash.”

Lima pemain berkenaan menafikan terbabit dengan perbuatan itu selepas ditahan di ibu negara Nepal, bulan lalu.

Sementara itu, pakar fisioterapi Dejiv Thapa juga didakwa atas tuduhan derhaka secara in absentia (tanpa kehadirannya).

Semuanya ditahan selepas sejumlah besar wang dilihat dimasukkan dalam akaun enam tertuduh terbabit daripada ejen di Malaysia serta Singapura untuk mengatur perlawanan selama lapan tahun sejak 2009 termasuk terhadap Afghanistan, Bangladesh, Malaysia dan Filipina.

Ia turut termasuk perlawanan pada 2011 untuk kelayakan menyertai Piala Dunia 2014 di Brazil

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!