12 November 2015


AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mendakwa merakam penemuan seekor ikan keli bermata tiga yang dipancing oleh seorang pemancing di Brooklyn kelmarin.

Greg Hunter memberitahu ABC News bahawa ikan bermata tiga dipancing oleh seorang lelaki lain di terusan Gowanus yang dilaporkan tercemar.

"Saya sentuh mata ikan tersebut. Mata ketiganya lembik dan seperti dijangkiti katarak," kata Hunter.

Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York yang menonton video tersebut berkata, keli tersebut 'tidak bermata tiga' namun mengakui mereka mungkin tersilap.

"Ia kelihatan seperti satu parut di bahagian cranial foramen ikan tersebut.

"Ada satu jangkitan bakteria dikenali sebagai Enteric Septicemia of Catfish (ESC) dan ia merosakkan tisu otak dan boleh meninggkalkan parut berlubang," kata John Waldamn, seorang ahli biologi.

Waldman berpendapat penemuan tersebut adalah satu penipuan.

Hunter pula tetap mengatakan ikan keli tersebut bermata tiga.

"Kalau ia adalah satu penipuan, maknanya saya juga ditipu (oleh pemancing)," kata Hunter.

Difahamkan, ikan keli tersebut sudah dibunuh dan dimakan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!