18 November 2015


LEGENDA ragbi dunia, Jonah Lomu meninggal dunia pada usia 40 tahun, dipercayai akibat masalah buah pinggang.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap keluarga mendiang, John Mayhew dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR).

"Saya boleh mengesahkan bahawa Jonah Lomu meninggal dunia pagi ini, ia sesuatu yang tidak disangka tidak dijangka," katanya.

Beliau  turut berkata keluarga mendiang memohon agar privasi diberikan kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NZR, Steve Tew menzahirkan rasa sedih atas kematian mengejut Jonah Lomu.

"Lomu seorang legenda yang disayangi oleh seluruh dunia," katanya.

Lomu sebelum ini mengalami masalah kesihatan yang dihidapinya selepas persaraan pada 2002 berikutan masalah buah pinggang dan Sindrom Nephrotic.

Dia menjalani rawatan dialisis sejak 10 tahun lalu.

Lomu pernah beraksi untuk 63 perlawanan antarabangsa sepanjang mewakili New Zealand yang bermula sejak 1994.

Dia juga berjaya membuat 37 tries sepanjang kerjayanya bersama pasukan kebangsaan negara itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!