24 November 2015


Seorang isteri yang berang dengan sikap curang suaminya baru-baru ini bertindak membalas dendam dengan menjual kediaman mereka di Nuneaton, Warwickshire ketika lelaki itu sedang menjalankan urusan perniagaan di luar negara.

Menurut portal Daily Mail, wanita yang dikenali sebagai Laura Arnolds, 42, mengetahui tentang kecurangan Craig, 44, selepas membaca mesej-mesej manja yang dihantar oleh seorang wanita ke te­lefon bimbit milik suaminya itu.

Arnold yang kecewa dengan perkara tersebut tidak terus men­yerang suaminya, sebaliknya me­nunggu lelaki itu terbang ke New York sebelum bertindak keluar dari rumah dan menjualkan kediaman mereka kepada beberapa orang pelajar.

“Hubungan kami tidak lagi baik dan berdepan masalah ketika ini. Rumah kami berjaya dijual dalam tempoh dua minggu dengan potongan harga dan kini telah diduduki oleh pelajar-pelajar dari Universiti Warwick,” kata Arnold.

Craig ketika diminta menceritakan semula kejadian itu berkata, dia amat terkejut dengan tindakan isterinya dan tidak menyangka rumahnya telah dijual dalam tempoh yang singkat.

“Ketika pulang ke rumah, saya menjerit memanggil Arnold selepas melihat lampu terbuka. Saya amat terkejut melihat seorang pelajar di muka pintu.

“Saya sangat marah pada mulanya, tetapi hidup ini terlalu singkat untuk terlalu memikirkan perkara ini dan saya membuat keputusan untuk menghentikan permusuhan dan mungkin cuba berbaik semula demi dua orang anak kami,” katanya yang kini telah berpindah ke London.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!