26 November 2015


Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun disahkan menghidap barah payudara dan perlu menjalani pembedahan mastektomi, sekali gus menjadi pesakit termuda direkodkan yang pernah menghidap pe­nyakit berkenaan.

Portal Mail Online melaporkan, Chrissy Turner yang berasal dari Utah, menyedari terdapat ketulan di dadanya pada bulan lalu.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pertengahan bulan Oktober. Ketika itu dia datang kepada kami dalam keadaan takut selepas menyedari terdapat ketulan di dadanya,” kata bapanya, Troy kepada agensi berita ABC4 Utah News.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati kanak-kanak perempuan itu menghidapi penyakit barah payudara yang dipanggil secretory carcinoma.

Disebabkan penyakit itu, Turner terpaksa menjalani pembedahan membuang payudaranya.

“Pada awalnya, saya berasa takut. Namun saya tahu saya mampu melawannya dan saya berharap saya mampu menghadapinya dan sembuh,” kata Turner.

Menurut doktor, kanak-kanak itu menghidap penyakit berkenaan atas faktor keturunan kerana ibunya, Annette, pernah menghidapi barah serviks, manakala bapanya menderita kanser darah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!