5 November 2015


Polis semalam menahan penyerang Perancis Karim Benzema sebagai sebahagian daripada siasatan kes peras ugut berhubung pita seks membabitkan seorang lagi pemain.

Bercakap kepada wartawan, seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan berkata, Benzema ditahan selepas dipanggil ke balai polis di Versailes.

Polis berusaha untuk menyiasat peranan pemain barisan depan Real Madrid itu dalam cubaan peras ugut yang menyasarkan pemain tengah Perancis Mathieu Valbuena atau dia memang cuba untuk memeras ugut pemain Lyon itu.

Tiga orang berdepan dengan tuduhan awal dalam kes itu sejak Oktober lalu.

Bekas pemain antarabangsa Perancis Djibril Cisse ditahan seketika bulan lalu selepas disyaki terbabit dalam konspirasi peras ugut itu, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian.

Ini bukan kali pertama Karim berdepan dengan masalah di luar padang. Lima tahun lalu, dia menghadapi tuduhan melanggan pelacur bawah umur bersama-sama Franck Ribery.

Kes itu berlarutan selama tiga tahun sebelum mereka akhirnya dibebaskan daripada tuduhan itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!