3 November 2015


Kerajaan PKR Selangor menganggap pembinaan lebuh raya bukan satu keperluan utama kepada rakyat meskipun mengakui penduduk khususnya di Lembah Klang berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas ketika ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebaliknya mengambil pendirian untuk memberikan tumpuan hanya kepada usaha meningkatkan perkhidmatan awam sebagai satu-satunya pilihan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Lebuh raya bukan penyelesaian mutlak untuk menyuraikan kesesakan trafik di Selangor. Lebuh raya hanya untuk mengalihkan mesin (kenderaan), bukan rakyat (orang ramai)," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) mengenai usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selepas membatalkan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) sebelum ini.

Pada Februari lalu, kerajaan negeri membatalkan projek Kidex atas alasan pemegang konsesi gagal memenuhi tiga syarat yang ditetapkan sebelum tarikh tutup 14 Februari lalu.

Azmin berkata, tiga syarat yang perlu ada ialah bebas daripada penilaian kesesakan lalu lintas, kesan sosial dan kesan penilaian alam sekitar kepada penduduk di kawasan terbabit yang boleh memberi faedah ataupun kesan negatif.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan negeri membatalkan projek tersebut mengundang reaksi tidak puas hati apabila kumpulan penduduk, Say Yes to Kidex menuntut Menteri Besar supaya bersikap lebih adil dan tidak mengutamakan kepentingan politik dalam menguruskan pembangunan untuk kepentingan seluruh rakyat.

Menurut mereka, keputusan kerajaan negeri membatalkan projek itu seolah-olah tidak mengambil kira pandangan majoriti rakyat khususnya di kawasan Petaling Jaya yang sebenarnya mahu Kidex dilaksanakan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!