19 November 2015


Tindakan seorang penyokong bola sepak Terengganu menghantar surat berserta duit RM15 kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat perhatian selepas menjadi viral di laman sosial. 

Penyokong yang menggelarkan dirinya sebagai Hamba Allah itu bertindak memohon maaf kepada PBSNT kerana memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus untuk menyaksikan perlawanan antara Terengganu dan Lions XII, pada 4 November lalu tanpa kebenaran. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman yang pihaknya ada menerima surat itu beberapa hari lalu. Beliau berkata, penyokong itu memohon maaf kepada PBSNT kerana melakukan kesalahan dengan memanjat masuk ke dalam stadium itu. 

"Saya mengesahkan ada menerima surat berserta duit RM15 untuk membayar balik harga tiket untuk memasuki stadium. "Malah, Hamba Allah ini memberitahu yang dia tidak berfikir panjang dan terlampau mengikut kawan sehingga terlupa melakukan kesalahan. 

SURAT daripada penonton 'Hamba Allah' yang diterima oleh PBSNT pada 15 November lalu. "Kerana takut kesalahannya itu dibicarakan di mahkamah Allah dan menyesali atas perbuatannya serta berazam tidak mahu mengulanginya lagi pada masa depan," katanya kepada BH Sukan, di sini. 

Arpin berkata, pihaknya memuji sikap kejujuran Hamba Allah itu yang menyesali tindakan yang dilakukan. "Saya berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada penyokong lain dengan tidak melakukan perbuatan sama pada masa depan," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!