12 November 2015


MELAKA - Hasrat Presiden Amanah, Mohamad Sabu untuk menggantikan Pas dalam mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 hanyalah sekadar 'cakap-cakap kosong'.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek menyifatkan mustahil untuk Amanah yang belum berusia setahun mampu mentadbir sebuah negeri.

“Saya belum jumpa sepanjang sejarah parti politik berusia setahun jagung bercakap nak tawan negeri dalam masa sepenggal kewujudannya, kecuali indah khabar dari rupa.

“Dulu kata nak tumbangkan BN tetapi hari ini buat kerja nak tumbangkan Pas. Rakyat pun keliru apa yang mereka hendak sebenarnya. Jadi saya serulah sesiapa yang terkeliru dengan dakyah Amanah supaya kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin parti politik, Mohamad harus mengeluarkan kata-kata dan bertindak secara praktikal dan relevan.

“Dari awal, saya kata Amanah tidak konsisten dalam matlamatnya, malah tarikh nak tubuhkan parti pun dulu mereka cakap berbalik-balik.

“Amanah boleh sahaja nak bertanding di mana-mana kerusi Pas sebab kami tiada apa-apa perjanjian persefahaman dengan Amanah dan dalam konteks demokrasi pun semua parti berhak bertanding di tempat yang mereka berminat,” katanya.

Sementara itu, berhubung Amanah di Melaka, Kamarudin berkata, pihaknya tidak bimbang dengan kewujudan parti itu di negeri ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!