5 November 2015


SEORANG model dan selebriti yang popular di laman foto Instagram mendedahkan cerita sebenar mengenai kehidupannya yang sering mahukan perhatian dan pengikut yang lebih di laman sosial.

Essena O'Neill, 19, yang sering mengkongsikan fotonya berbikini, sering berada di lokasi (latar belakang) popular dan cantik mengejutkan dua juta pengikutnya apabila memadam beberapa akaun sosial miliknya termasuk Facebook.

"Laman media sosial adalah satu ilusi!" tulis O' Neill untuk kapsyen foto terakhir selepas beliau memadamkan beribu-ribu foto yang dikongsikan sebelum ini di Instagram.

Menurut O' Neill, beliau mengumpul 500,000 pengikut seawal umur 12 tahun sambil mengikuti perkembangan selebriti-selebriti popular yang lain.

"Saya bermimpi menjadi mereka. Saya pelajari mereka. Saya iri hati terhadap mereka. Saya bersungguh-sungguh untuk menjadi mereka," kata O' Neill dalam laman peribadinya, www.letsbegamechangers.com.

"Pada umur 12 hingga 16 tahun, saya sibuk mengumpul pengikut dan mahukan perhatian. Zaman remaja saya diisi dengan usaha saya memuaskan hati pengikut.

"Pada umur 16 hingga 19 tahun, saya sibuk mengubah diri saya dan kehidupan saya supaya ia menjadi indah dan menarik perhatian dan mengumpul pengikut baru di laman sosial," kata O' Neill.

Katanya, beliau gagal dalam mencapai impiannya sejak kecil, iatu mengembangkan bakat penulisannya.

"Jadi saya berhenti (laman sosial), kini saya mengkongsikan kata-kata semangat untuk mereka yang mencari kesedaran untuk kehidupan sebenar (di luar media sosial). Saya mahu mulakan sesuatu yang akhirnya penting dalam hidup saya.

"Saya tidak ada jawapan, idea atau penyelesaian, tetapi saya pasti tentang satu perkara; saya tidak mahu lagi menghabiskan berjam-jam masa saya dengan melayari laman sosial, memerhatikan dan membandingkan diri saya dengan individu yang lain," jelas O' Neill.

Beribu-ribu pengikut O' Neill di laman Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube kini mengkritik tindakan model berkenaan dan menuduhnya mengalami krisis psikologi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!