26 November 2015


Pahang diancam denda lebih berat termasuk disingkir ke Liga Perdana jika gagal membayar pampasan kontrak bekas pemain import dari Maghribi Mohamed Borji sebanyak AS$125,000 (RM526,000) dalam tempoh terdekat.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Lazarus Jansen Xavier, hukuman itu boleh dikenakan jika Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terus ingkar dengan arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyelesaikan kes tuntutan itu.

“PBNP tidak boleh membuat rayuan kerana perkara ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka tidak mengendahkan arahan Jawatankuasa DRC FIFA (Dispute Resolution Chamber) untuk membuat bayaran pada 30 Oktober 2014.

“Jawatankuasa Tatatertib FIFA kemudian sudah menghantar surat peringatan kepada PBNP pada 10 Ogos lalu untuk segera menyelesaikan kes ini tapi PBNP masih melengah-lengahkan arahan itu hinggalah FIFA mengarahkan FAM memotong enam mata Pahang dalam Liga Super.

“FIFA boleh mengarahkan FAM untuk menyingkirkan Pahang dari Liga Super selepas ini jika mereka masih gagal melunaskan bayaran dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Arena Metro semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!