25 November 2015


Atas semangat solidariti Pakatan Rakyat, Pas akan mengerahkan 85,000 jentera pilihan raya Selangor untuk mempertahankan kerusi parti Islam itu dan sekutunya PKR.

Kesediaan tidak berbelah bahagi ini dinyatakan susulan kenyataan Facebook Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim pada 23 November yang mengisytiharkan bahawa Timbalan Pengerusi Amanah Selangor, Saari Sungip bahawa parti baharu itu akan mencabar kerusi Parlimen Gombak milik PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman berkata, Pas Selangor tidak akan teragak- agak bergabung tenaga dengan PKR pada PRU14 nanti demi mempertahankan kerajaan PR Selangor.

"Pas bertahaluf dengan PKR maka jentera Pas dan jentera PKR akan bekerjasama dalam pilihan raya nanti.

"Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa Selangor ialah negeri PR dengan itu Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor," katanya dalam kenyataan media.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!