26 November 2015


Kota Bharu: Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas didakwa menerima rasuah RM10,000 sebagai dorongan untuk melepaskan suspek kes curi kereta, semalam.

Suspek berusia 25 tahun ditahan reman sehingga 1 Disember depan untuk siasatan lanjut.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berkata, anggota polis itu ditahan jam 5 petang kelmarin di Rantau Panjang selepas menerima rasuah diserahkan oleh pengadu untuk melepaskan suspek yang ditahan.

Katanya, sebelum itu suspek meminta RM15,000 namun pengadu hanya memberi RM10,000 kepadanya.

“Ketika suspek menerima rasuah itu, kita menahannya, semalam (kelmarin).

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, suspek sebelum ini pernah ditahan dan disiasat terhadap tuduhan menerima rasuah RM3,000 daripada pengadu berasingan sebagai dorongan untuk melepaskan suspek yang didakwa melakukan kesalahan rogol di Machang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Abdul Aziz Aban mengesahkan menerima laporan berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!