18 November 2015


KOTA BHARU - Seorang warga emas maut dengan kecederaan parah di kepala serta putus telinga dipercayai dipukul bertalu-talu oleh anaknya yang sakit mental dalam kejadian di Kampung Baru Hujung Repek, Bachok, awal pagi tadi.

Mangsa, berusia, 71, ketika itu dikatakan bangun awal sebelum azan Subuh dan diserang secara tiba-tiba oleh lelaki berusia 32 tahun itu dengan kayu serta buluh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis menerima maklumat kejadian pada jam 5.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan.

"Suspek sangat agresif menyebabkan berlaku pergelutan dan polis mengambil masa yang lama untuk menenangkan sebelum berjaya menahannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!